Pesanan MP

setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada)nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu. Berdasarkan Hadith Nabi : Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari.

#21 FALSAFAH

Nov 15, 2009

Andaikata orang berkata kamu bagus,

Tidak pula membangkang jauh sekali menempelak,
Bukan yang baik itu bagus untuk kamu...
Sebaiknya lagi yang kotor,kesat lagi nista untuk membangunkan kamu...
Tiada kata seindah suria,
yang ada tiada disini......


Berpegang teguh lah kamu sang jejaka,
Andai egomu begitu agung!
Jangan biarkan membuak-buak,
tiada tepi,depan dan juga belakang....
Berilah kesempatan pandangan,
dari hawa untuk si Adam...
Tidak salah untuk mendengar...sebagai cambahan fikiran....


Tidak tercela falsafah mu yang sudah lama dipegang,
Kerana hanya untuk seketika..
Hanya manusia bodoh lagi sombong berlagak riak
Apalah yang hendak didengar... selain salakan musang...
Bukan....


Andai kamu berpaling sedikit,
Habis curahan dibuang disitu...
Aku berpandang... aku berlalu...



MP

0 comments:

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP