Pesanan MP

setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada)nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu. Berdasarkan Hadith Nabi : Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari.

#50 Salah

Dec 28, 2011


Aku tak pakai bahasa pelik hari ini,
Aku mahu bertutur seperti biasa,
Otak dan jiwa aku bercelaru,
sangat.

Bila difikirkan, aku ada semua,
Semuanya!
Tapi kenapa masih rasa ada yang tak kena?
Ada yang hilang?
Ada yang misteri?
Ada yang takut?

Aku buntu bila aku fikirkan dalam-dalam,
Mungkin kerana seorang perempuan aku rasa,
Hebat.
Perempuan memang menjadi satu "beban" bagi aku,
Mujur pengikut blog ini agak pasif,
Lalu aku tak kisah melabelkan kau orang begitu?

Aku masih mencari diri sendiri,
Sedang.
Sungguh aku menaip apa yang terlintas di fikiranku ketika ini.
Aku lega.

MP

Read more...

#49 Penat lagi lelah

Dec 22, 2011

Aku bosan,

Malam-malam sedang berfikir,
Banyak diganggu oleh orang lain,
Sendiri...

Tidak suka dengan idea lama,
Idea baru muncul
tapi tidak sebaik yang lama
Aku buntu

Penat, tetapi belum lagi lelah
Boleh kata tidak kalah
sebelum langkah menghalang aku ke sana

Oh Tuhan
Berilah aku kekuatan
Sedikit kekuatan yang ada dalam diri
Semoga aku berjaya
membawa impian!

MP

Read more...

#48 Blogger

Sep 10, 2011

Semua orang nak kata dia hebat,

Hebat sangat sampai orang lain dia kata bodoh,
tak pandai, semua salah...
Mereka yang buat blog untuk duit semua bagus,
bijak dan semuanya..

Aku pelik dengan manusia begini,
Bila orang usik dengan kata-kata pedih,
melenting tak tentu hala,
Bukan begitu mahu maju kawan?

Seronoklah dengan dunia kamu...

MP

Read more...

#47 Kalah

Sep 9, 2011

Aku belum lagi kalah,

masih boleh menaip dalam ruangan maya
tidur mengatasi mimpi semalam
penat juga mahu beradu

Gigih belum tentu menang
Semangat belum pernah luntur
Zaman maju, manusia gila
Aku mahu yang dulu

MP

Read more...

#46 Kembali

Sep 8, 2011

Aku kembali lagi
dengan semangat yang baru,
ruangan yang lama aku ganti, seperti baru
memalaskan diri dalam keadaan ampuh
dibuai mimpi indah, bukan selalu

Ada beberapa cerita pendek,
sedang aku rangka untuk kalian
dalam kesamaran aku menulis...

MP

Read more...

#45 Letih

Jul 20, 2011


Dulu aku rasa aku kuat
dapat mengatasi semua masalah
cuma aku tahu masalah yang timbul seringkali menyesakkan
harap aku tabah melalui semua ini

Banyak yang aku tempuhi selama aku hidup
manusia memang tak pernah puas
sedikit syukur langsung tidak dihamburkan
kecewa melihat dalam ketawa

Berarak keliling kota yang dahulunya aman
sekarang tidak lagi
mahu membersihkan segala kekotoran yang ada, mahupun terpalit dosa
buangkan segala ego rempuh semua rintangan

Bukan bangkit cuma tertawa sendiri
apakah nasib bangsa Malaysia
sedikit lagi tidak dipeduli
oleh manusia berkepentingan
sedarlah....

#BERSIH 09-07-2011


Read more...

#44 Aku masih hidup

Mar 7, 2011

Aku masih hidup,

Lama aku tak buka blog ni,
Penat, lelah aku dengan urusan dunia,
Meninggalkan yang patut pada yang Haq,
Aku sedih makin hari makin bodoh,
Menuntut nafsu semata.....

Aku kosong,
Bukan seperti tin,
Hanya ingin kan seseorang dalam sana,
Untuk aku berlindung,
Dari segala maksiat,
Oh Tuhan, Aku pohon...

#hilang

Read more...

#43 Sial itu kau!

Dec 25, 2010

Satu persatu,

Dua berdua,
tiga bertiga, lalu empat berempat,
Bila satu kamu berdua,
Tak cukup 2 kamu bertiga,
Dah bertiga nak berempat, tapi jangan tamak!

Sial nya manusia itu,
Puas dengan nafsu serakah,
Bergelumang najis lalu berhimpun
Tidak lalu bersalam lalu bersabda,
Kami jahil, jahil tidak mengapa
Aku benci kau Sial!
Aku benci kau sial!

Read more...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP