Pesanan MP

setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada)nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu. Berdasarkan Hadith Nabi : Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari.

#50 Salah

Dec 28, 2011


Aku tak pakai bahasa pelik hari ini,
Aku mahu bertutur seperti biasa,
Otak dan jiwa aku bercelaru,
sangat.

Bila difikirkan, aku ada semua,
Semuanya!
Tapi kenapa masih rasa ada yang tak kena?
Ada yang hilang?
Ada yang misteri?
Ada yang takut?

Aku buntu bila aku fikirkan dalam-dalam,
Mungkin kerana seorang perempuan aku rasa,
Hebat.
Perempuan memang menjadi satu "beban" bagi aku,
Mujur pengikut blog ini agak pasif,
Lalu aku tak kisah melabelkan kau orang begitu?

Aku masih mencari diri sendiri,
Sedang.
Sungguh aku menaip apa yang terlintas di fikiranku ketika ini.
Aku lega.

MP

0 comments:

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP