#16 BERANGAN
Nov 15, 2009
Kadang aku juga suka berangan
Bukan pisang berangan itu
Memang sedap.. bukan pisang tapi berangan
Tak salah berangan yang sedap-sedap
Asalkan kau tahu kau akan buat.....
Mat jenin bukanlah idola,
Kuat berangan untuk berjaya,
Kerana itu dia disergah oleh dara,
Bukan untuk apa,, sekadar bertanya masa...
Jangan salahkan angin,
jika kau kesejukan,
Jangan kau cari api jika kau kepanasan...
Mengikut masa dan keadaan......
Satu dua tiga empat,
Antara satu bukan empat,
Jika silap kau jugak yang terlipat,
Dalam gunting musuh dalam lipat!
Aku bukan menakutkan, tetapi realiti
realiti kehidupan tak sama dalam wayang
Seronok! itu bukan yang bagus...
Kadang aku hairan, kenapa manusia kini jadi tak matang
Walaupun duduk di permatang......
Aku tak endahkan sesiapa,
Tidak kira.... aku hanya hidup diruang lingkup aku,
Jangan salahkan aku,
Baik lelaki mahupun perempuan....
MP
0 comments:
Post a Comment